Barcelona Juara UEFA Super Cup 2011

Dikala kita sedang menikmati sahur awal pagi tadi, terdapat 2 pasukan sedang berentap untuk merebut satu kejuaraan. Piala yang tidak kurang hebatnya itu disaing oleh FC Barcelona dan juga FC Porto. Kedua-duanya merupakan juara dalam Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa.

Messi yang baru saja menerima anugerah pemain terbaik Eropah UEFA 2010/2011, membuktikan yang beliau memang layak apabila menjaringkan gol pertama Barca pada minit ke-39. Manakala gol kedua dijaringkan pada minit ke-88 oleh pemain yang baru saja berpindah dari Arsenal iaitu Cesc Fabregas, Messi juga merupakan ‘engineer’ dalam penghasilan gol tersebut.

FC Barcelona 2 – 0 FC Porto

Walaupun Barca (Liga Sepanyol) dan Porto (Liga Portugal), perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Louis II, Monaco Perancis mengikut ketetapan UEFA.

Dengan kemenangan ini, Barcelona menjulang trofi tersebut 2 kali dalam 3 musim iaitu pada 2009 dan 2011 ini. Ia juga merupakan yang ke-4 secara keseluruhan. Manakala bagi Porto, ini adalah merupakan kegagalan kali ke-3 di final sejak tahun 2003.


* Barcelona mmg terabekkkk!!


____________________________________________________________________________________________________________________
TAGS : fc barcelona juara uefa super cup 2011, juara super cup 2011, barcelona julang uefa super cup 2011, barca juara supercup 2011, kejuaraan super cup kali ke-4, barcelona johan uefa super cup 2011, porto tewas supercup 2011, messi pemain terbaik eropah uefa 2010/2011, cesc fabregas, xavi hernandes, stade louis II, 26 august 2011
____________________________________________________________________________________________________________________

|2Komen|

Banyak betul info menarik dan berguna dekat sini. Thanks. Nasihangit dah linkkan blog ni. Kalau tak percaya, boleh check dekat sini.

http://nasihangit.blogspot.com/

Nanti share lagi yer info yg menarik. Hehehe :D