Permohonan Online Program Matrikulasi Ambilan 2012/2013

Bermula 1 Julai 2011 permohonan mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2012/2013 telah pun dibuka. Kepada pelajar-pelajar yang berkenaan terutamanya bakal tamat di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bolehlah membuat permohonan dari sekarang.

Mengikut Kementerian Pelajaran, permohonan ke program matrikulasi bermula dari 2011/2012 hanya boleh dibuat melalui dalam talian (online sahaja). Semua pelajar Sekolah Kerajaan dab Sekolah Bantuan Kerajaan boleh menggunakan kemudahan permohonan melalui internet ini.

Caranya adalah pelajar harus mendapatkan no. pin untuk log masuk dalam laman permohonan. No. Pin boleh didapatkan di Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan harga RM 6.00. Selain itu no. Kad Pengenalan / No. Lembaga Peperiksaan juga perlu diisi semasa permohonan.

Sila ke pautan bawah untuk membuat permohonan :


Perhatian :
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Oktober 2011
  • Keputusan permohonan akan diumumkan pada awal April 2012
  • Permohonan RAYUAN akan dibuka 2 minggu selepas keputusan permohonan diumumkan
  • Pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon Program Matrikulasi


____________________________________________________________________________________________________________________
TAGS : permohonan online program matrikulasi ambilan 2012/2013, permohonan kemasukan ke matrikulasi sesi 2012/2013, permohonan melalui internet program matrikulasi kementerian pelajaran malaysia kpm, permohonan matrikulasi 2011, permohonan matrikulasi 2012, permohonan matrikulasi lepasan spm 2011, permohonan matrikulasi 2012 online, rayuan permohonan matrikulasi, semakan permohonan matrikulasi 2011 2012 2013
____________________________________________________________________________________________________________________

1 Komen:

info yg bagus...xde la tercari2 jer camner nak apply..:)