Keputusan Copa America 2011 | 3 Julai 2011

Rasanya semua penggemar bola sepak sudah tahu akan Kejohanan Copa America yang berlangsung sejak 1 Julai lepas, tidak terkecuali peminat bola sepak di Malaysia ini.  Kejohanan ini adalah untuk negara-negara di benua Amerika Selatan.

Pada 1 dan 2 Julai tersebut perlawanan untuk kumpulan A telah pun ada keputusannya. Argentina selaku tuan rumah hanya mampu seri 1-1 dengan Bolivia manakala Colombia mengatasi Costa Rica dengan gol 1-0.

Awal pagi tadi pula, 2 perlawanan dalam kumpulan B pula telah berlangsung. Keputusan menunjukkan kedua-dua perlawanan adalah seri tanpa jaringan. Brazil 0 – 0 Venezuela dan Paraguay 0 – 0 Ecuador.
Pada perlawanan Brazil dan Venezuela, 4 kad kuning dikeluarkan oleh pengadil. Satu untuk brazil (T.Silva) dan 3 kad untuk Venezuela. Perlawanan Paraguay dengan Ecuador pula 2 kad kuning diberikan.

Awal pagi esok pula, 2 perlawanan kumpulan C pula akan berlangsung. Uruguay vs Peru dan Chile vs Mexico. Jom kita saksikan!!



____________________________________________________________________________________________________________________
TAGS : keputusan copa america 2011, keputusan perlawanan copa amerika 2011, keputusan terkini copa america 2011, jadual perlawanan copa america 2011, video highlight copa america 2011, gambar copa america 2011, jadwal perlawanan, tuan rumah argentina, copa america argentina 2011
____________________________________________________________________________________________________________________

|2Komen|

woa.. argentina seri jer.. brazil pun? wow..
aku wish nak tengok match tp astro let me down.. demmit..
saya benci astro.. ahahahahaha..